bismillah...
selepas dua bulan bercuti...akhirnya aku kembali...bukan tak mahu menjengah..cuma dikampung line internet tidak mengizinkan jari aku menari diatas papan kekunci...cukup sebulan aku berpuasa dan berhari raya di negara sendiri...dan sekarang aku kembali ke bumi medan...
sepanjang dua purnama aku menyepi...terlalu banyak aktiviti aku lakukan di tanah tumpahnya darahku..sama banyak nya juga dengan pelbagai kejadian,dugaan yang menimpa negara aku...tapi aktiviti aku lebih terarah kepada kerja yang biasa aku lakukan sepanjang bulan ramadhan tiap-tiap tahun...khidmat imam di kampung aku memang susah dah sekarang ni...imam-imam lama kebanyakkan memang dah lanjut usia..dan tidak berdaya lagi melangkahkan kaki menuju masjid...
jadi disini kena timbul lah peranan anak muda untuk mengambil alih tugas orang-orang lama...pada bulan ramadhan,masjid atau surau dikampung boleh dikatakan mendapat sambutan..tapi berakhirnya bulan ramadhan...jamaah boleh dikira dengan jari....ini adalah satu masalah jika dipandang dari sudut yang serius...kemana pergi penduduk kampung disaat solat fardhu...perlu diingat solat fardhu berjamaah adalah suatu fardhu kifayah yang perlu ada didalam sebuah kampung...bukan setakat mengharap mereka yang sudah lanjut usia sahaja ke masjid...dan bukan masjid hanya sesak pada hari jumaat...
insyaALLAH...sebelum aku pulang ke medan..aku berbicara dengan ibuku...menceritakan hasrat aku...untuk berbakti kepada warga kampung..yang selama ini telah banyak membantu sepanjang pengajian aku di negara orang...jelas sekarang kampung aku tidak ramai yang mempunyai ilmu agama untuk mengajar..ada diantara mereka sekadar cukup untuk bekalan diri sendiri sahaja...jadi timbul niat dihati aku..untuk mengajar dan membimbing warga kampung dalam bab agama...
dan target aku seterusnya untuk menarik golongan muda yang sebaya aku cintakan aktiviti-aktiviti keagamaan...mungkin suatu masa aku akan cuba buat program ilmiah dikampung aku dengan berkerjasama dengan sahabat-sahabat aku dikampung....
وَاعْبُدُوا اللهَ وَلاَتُشْرِكُوا بِهِ
شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى
وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ
وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَامَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
إِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا { 36}
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua
orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil
dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong dan membangga-banggakan diri.”
(QS. An-Nisaa:36)
jumpa lagi di penulisan seterusnya...banyak lagi hendak dicerita cuma setakat ini dahulu...assalam...
No comments:
Post a Comment